
Website E-commerce (e-dagang) memiliki banyak keuntungan dibandingkan dengan cara berbelanja biasa. Pertamanya adalah kerana ianya suatu proses di dalam talian yang tidak mempunyai jurujual yang boleh mendorong anda untuk melakukan pembelian. Pengguna bebas memilih dan mengambil masa mereka sendiri terhadap pilihan item di dalam website tersebut serta membandingkan ciri-ciri item yang dicari sebelum membelinya.
Anda juga boleh melihat dan membeli produk pilihan dengan hanya duduk di rumah berbanding cara belanja biasa yang memerlukan untuk anda pergi ke store dengan ini pelanggan dapat mengurangkan kos perjalanan. Di samping itu pelanggan juga boleh membuat perbandingan antara produk-produk tertentu dengan hanya duduk di dalam keselesaan rumah mereka.
Kadang-kadang sesuatu produk mempunyai ciri-ciri yang berlainan contohnya item seperti perfume, kosmetik, pakaian dan sebagainya yang memerlukan penelitian secara fizikal terhadap produk tersebut, keadaan ini memerlukan anda untuk pergi sendiri ke kedai bagi mendapatkan pemahaman yang lebih baik berkenaan produk tersebut. Oleh kerana itu kedai e-dagang yang menawarkan produk-produk seperti ini perlu set-up suatu polisi tertentu yang tiada risiko serta langkah-langkah meminimumkan risiko perlu diambil di dalam rangka meningkatkan kepercayaan pelanggan terhadap produk anda.
Kadang-kadang sesuatu produk mempunyai ciri-ciri yang berlainan contohnya item seperti perfume, kosmetik, pakaian dan sebagainya yang memerlukan penelitian secara fizikal terhadap produk tersebut, keadaan ini memerlukan anda untuk pergi sendiri ke kedai bagi mendapatkan pemahaman yang lebih baik berkenaan produk tersebut. Oleh kerana itu kedai e-dagang yang menawarkan produk-produk seperti ini perlu set-up suatu polisi tertentu yang tiada risiko serta langkah-langkah meminimumkan risiko perlu diambil di dalam rangka meningkatkan kepercayaan pelanggan terhadap produk anda.
Kebimbangan pelanggan secara langsung dapat dikurangkan jika halaman e-dagang anda dapat menjamin kepuasan pelanggan serta mempunyai rangka keselamatan terhadap barangan dan perkhidmatan. Keadaan ini akan menarik pelanggan yang pertama kalinya membeli di halaman anda untuk kembali semula melakukan pembelian di masa akan datang. Mungkin mereka bermula daripada item yang lebih kecil untuk beberapa waktu dan kemudiannya beralih kepada produk high-end hasil daripada kepercayaan mereka terdahap halaman e-dagang anda.Pelanggan selalu akan menghargai jika wujudnya komunikasi dan juga kesempatan anda untuk berbicara dengan mereka berkaitan produk yang ingin dibeli sehingga menambah sentuhan peribadi kepada proses membeli-belah. Membina strategi pemasaran yang kuat selalu membantu memastikan perkhidmatan bebas dari risiko dan menang kepada pelanggan. Hal ini akhirnya akan membina kelompok pelanggan yang setia, juga mendorong bualan positif dari mulut ke mulut tentang laman web anda.
Memiliki pemahaman yang jelas tentang target pelanggan, harapan mereka dan persepsi juga banyak membantu di dalam penyusunan strategi pemasaran anda. Jika kualiti produk dan perkhidmatan tetap setara dengan harapan pelanggan, maka website anda pasti akan bernilai tinggi kepada pelanggan.
Menyiapkan laman web e-dagang adalah lebih murah dan mudah daripada mendirikan kedai, di samping kos peyimpanan dan insurans juga dapat dijimatkan. Jika dibandingkan dengan pemasaran secara offline, marketing online jauh lebih mudah dan ekonomi ditambah pula dengan strategi internet marketing yang berkesan seperti pengoptimuman enjin carian, penghantaran artikel produk, backlinks, direktori dan sebagainya. Caranya adalah dengan membuat carian yang tepat terhadap laman web e-dagang yang bersesuaian dengan produk yang anda niagakan, berkesan dan juga mampu melonjakkan lagi perniagaan anda ke tahap yang lebih tinggi.
Contoh laman e-dagang yang patut anda miliki adalah lot.my kerana ianya percuma dan mempunyai sistem yang amat bersesuaian dengan perniagaan produk di internet.

