Tuesday, 1 February 2011

5 Langkah Mudah Pemasaran Melalui Media Sosial

Memiliki perniagaan sendiri cukup sukar tanpa perlu bimbang tentang mencari keseimbangan strategi pemasaran. Fokus semata-mata pada strategi pemasaran tradisional dan anda akan mendapati diri berpotensi kehilangan sebuah demografi target pemasaran yang sangat besar. Searching dan explore melalui kajian internet dan anda akan mendapati diri anda begitu lemah dalam pemasaran kerana di internet terdapat begitu banyak sumber dan aplikasi yang tersedia untuk internet marketing. 
 
Tetapi bagaimana jika anda menggunakan laman web sosial sebagai media perantaraan berbanding strategi tradisional dan hard-core pemasaran di internet? Dengan menggunakan laman sosial ini ianya mampu membuat perbezaan besar dalam perniagaan anda tanpa perlu berpenat lelah sama sekali. 
Ini adalah 5 cara untuk anda memulakan strategi pemasaran menggunakan media sosial:
 
1. Bina Strategi. Pesaing di dalam perniagaan anda mungkin terlebih dahulu menggunakan laman sosial sebagai strategi pasarannya, jadi anda perlulah lebih kreatif di dalam memilih strategi yang lebih berkesan, dan bukannya sekadar membuka akaun di laman sosial tersebut. Luangkan masa anda untuk menentukan jenis dan menilai peranan laman web sosial tersebut serta memikirkan apa yang mungkin membantu di dalam strategi pemasaran anda. Dan seterusnya membuat perancangan untuk menggunakannya secara konsisten dan berkesan.

2. Bina Jenama. Pemasaran melalui sosial media adalah umpama anda memiliki satu papan iklan besar syarikat anda. Segala sesuatu yang anda pamerkan, setiap tweet anda tulis, dan setiap komen yang anda buat harus berdasarkan apa yang anda hargai, apa yang anda perjuangkan serta komponen bidang perniagaan anda dan ianya harus sampai kepada audiens secara betul dan tepat.
Langkah pertama yang patut dipertimbangkan adalah membuat blog perniagaan. Pastikan blog anda mempunyai logo perniagaan anda (buat favicon anda sendiri), gambar anda dan juga aplikasi/wiget lain yang mampu membantu anda di dalam mempromosikan jenama anda.
Gunakan warna syarikat anda sebagai latar belakang di blog dan juga sebagai wallpaper dalam profile Twitter anda.
 
3. Pilihan Bijak. Jangan merasa seperti anda perlu menggunakan setiap satu media sosial yang ada. Fokus dengan beberapa sahaja, pilih laman web sosial yang mampu membantu anda berhubung dengan target demografi anda, yang dapat membantu anda mempamerkan komponen perniagaan anda, menarik minat pelawat, dan yang  berpotensi untuk perniagaan anda.

4. Cari Keseimbangan yang Tepat. Media sosial sangat popular yang pada awalnya mungkin sukar untuk mencari keseimbangan yang tepat berbanding strategi pemasaran tradisional. Dan pada akhirnya, mereka harus bekerjasama untuk memasarkan perniagaan anda secara berkesan. Mulalah dengan mencipta profile perniagaan anda di LinkedIn di mana anda boleh letakkan testimonial dan berhubung dengan pelanggan anda. Kemudian create group di Facebook untuk memperkenalkan produk dan bidang anda. Di Facebook juga anda di beri ruang untuk mencipta page, jadi gunakan peluang ini untuk mencipta satu page berkenaan produk perniagaan anda, iannya seperti anda membina sebuah kedai di Facebook, menarik bukan? Cari dan dapatkan aplikasi yang mampu membantu anda di dalam membina Facebook page yang menarik dan berkesan.

Akhirnya, gunakan Twitter untuk membina kumpulan yang mempunyai minat yang sama dalam industri anda. Gabungkan strategi pasaran tradisional dan internet dengan mencipta kad perniagaan yang mengandungi ID Facebook dan Twitter anda dan seterusnya letakkan di laman web anda yang mampu memberitahu pengunjung di mana mereka dapat terhubung dengan anda menggunakan media sosial.

5. Mobiliti. Banyak platform membolehkan anda untuk berkomunikasi secara real time dengan memuaturun aplikasi ke telefon anda. Bayangkan apa yang anda boleh lakukan sebagai pemilik perniagaan untuk menghadiri suatu persidangan. Berkongsi dengan pembaca anda tentang apa yang anda pelajari, ini adalah cara yang baik untuk membina hubungan dan minat dengan pelanggan anda.

Selamat Mencuba! Good Luck!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...