Friday, 25 March 2011

Website E-commerce - Satu Alternatif di Dalam Berbelanja


Website E-commerce (e-dagang) memiliki banyak keuntungan dibandingkan dengan cara berbelanja biasa. Pertamanya adalah kerana ianya suatu proses di dalam talian yang tidak mempunyai jurujual yang boleh mendorong anda untuk melakukan pembelian. Pengguna bebas memilih dan mengambil masa mereka sendiri terhadap pilihan item di dalam website tersebut serta membandingkan ciri-ciri item yang dicari sebelum membelinya.   

Anda juga boleh melihat dan membeli produk pilihan dengan hanya duduk di rumah berbanding cara belanja biasa yang memerlukan untuk anda pergi ke store dengan ini pelanggan dapat mengurangkan kos perjalanan. Di samping itu pelanggan juga boleh membuat perbandingan antara produk-produk tertentu dengan hanya duduk di dalam keselesaan rumah mereka.

Kadang-kadang sesuatu produk mempunyai ciri-ciri yang berlainan contohnya item seperti perfume, kosmetik, pakaian dan sebagainya yang memerlukan penelitian secara fizikal terhadap produk tersebut, keadaan ini memerlukan anda untuk pergi sendiri ke kedai bagi mendapatkan pemahaman yang lebih baik berkenaan produk tersebut. Oleh kerana itu kedai e-dagang yang menawarkan produk-produk seperti ini perlu set-up suatu polisi tertentu yang tiada risiko serta langkah-langkah meminimumkan risiko perlu diambil di dalam rangka meningkatkan kepercayaan pelanggan terhadap produk anda.

Kebimbangan pelanggan secara langsung dapat dikurangkan jika halaman e-dagang anda dapat menjamin kepuasan pelanggan serta mempunyai rangka keselamatan terhadap barangan dan perkhidmatan. Keadaan ini akan menarik pelanggan yang pertama kalinya membeli di halaman anda untuk kembali semula melakukan pembelian di masa akan datang. Mungkin mereka bermula daripada item yang lebih kecil untuk beberapa waktu dan kemudiannya beralih kepada produk high-end hasil daripada kepercayaan mereka terdahap halaman e-dagang anda.

Pelanggan selalu akan menghargai jika wujudnya komunikasi dan juga kesempatan anda untuk berbicara dengan mereka berkaitan produk yang ingin dibeli sehingga menambah sentuhan peribadi kepada proses membeli-belah. Membina strategi pemasaran yang kuat selalu membantu memastikan perkhidmatan bebas dari risiko dan menang kepada pelanggan. Hal ini akhirnya akan membina kelompok pelanggan yang setia, juga mendorong bualan positif dari mulut ke mulut tentang laman web anda.

Memiliki pemahaman yang jelas tentang target pelanggan, harapan mereka dan persepsi juga banyak membantu di dalam penyusunan strategi pemasaran anda. Jika kualiti produk dan perkhidmatan tetap setara dengan harapan pelanggan, maka website anda pasti akan bernilai tinggi kepada pelanggan.

Menyiapkan laman web e-dagang adalah lebih murah dan mudah daripada mendirikan kedai, di samping kos peyimpanan dan insurans juga dapat dijimatkan. Jika dibandingkan dengan pemasaran secara offline, marketing online jauh lebih mudah dan ekonomi ditambah pula dengan strategi internet marketing yang berkesan seperti pengoptimuman enjin carian, penghantaran artikel produk, backlinks, direktori dan sebagainya. Caranya adalah dengan membuat carian yang tepat terhadap laman web e-dagang yang bersesuaian dengan produk yang anda niagakan, berkesan dan juga mampu melonjakkan lagi perniagaan anda ke tahap yang lebih tinggi. 

Contoh laman e-dagang yang patut anda miliki adalah lot.my kerana ianya percuma dan mempunyai sistem yang amat bersesuaian dengan perniagaan produk di internet.

Friday, 4 March 2011

Vemma Leads - Bagaimana Cara Mendapatkannya

Cuba untuk menghasilkan "Vemma leads" boleh membuatkan anda berasa kecewa dan kerugian, terutama apabila anda tidak yakin bagaimana untuk melakukannya. Jadi, apa yang akan saya lakukan adalah berkongsi dengan anda beberapa tips untuk menghasilkan Vemma leads. Langkah ini akan memudahkan anda di dalam membina pasukan anda.

Tip untuk menghasilkan Vemma leads:

1. Sosial Media. Ini adalah cara terbaik untuk berhubung dengan ribuan prospek di dalam perniagaan Vemma anda. Anda boleh menggunakan laman sosial percuma seperti Twitter, Myspace, dan Facebook. Anda akan dapat bersosialisasi dengan mereka yang ingin membantu anda. Mereka dengan senang hati akan bergabung di downline anda.

2. Video Marketing. Ini adalah satu lagi tip dalam menghasilkan Vemma leads. Meng-upload video ke laman web seperti Youtube dan Vimeo adalah cara yang baik untuk mendapatkan prospek yang sudi bergabung dengan anda. Setelah meng-upload video, video anda akan mempunyai potensi untuk dilihat oleh ribuan pengunjung laman web tersebut.

3. Articles Marketing. Menulis artikel adalah salah satu cara lain untuk mendapatkan prospek terbaik untuk perniagaan Vemma anda. Anda hanya perlu menulis dan menghantarnya minimum 3 artikel seminggu selama sekitar 10 minggu. Hal ini akan mendorong jutaan pengunjung ke laman web tersebut dan secara tidak langsung anda telah mengajak mereka untuk mengetahui lebih lanjut tentang Vemma sebelum mereka mendaftar dengan anda. Antara laman web yang anda patut sertai dan menghantar artikel adalah Enzinearticles, Articlesbase, Squidoo, Goarticles dan sebagainya.

4. Iklan Pay-Per Click (PPC). Ini adalah salah satu cara terbaik untuk mendapatkan Vemma lead. Anda mampu mendapatkan prospek yang disasarkan yang ianya akan membeli dari anda lagi dan lagi. Anda harus melakukan iklan PPC di laman web popular seperti Google, Yahoo, dan MSN.

Ini adalah beberapa panduan tentang bagaimana untuk anda menghasilkan Vemma lead dan jika anda serius di dalam membina pasukan anda, pastikan anda mengikutinya. Empat langkah tersebut merupakan cara terbaik untuk mendapatkan prospek di dalam apa jua perniagaan online anda dan ianya dijamin mampu membantu anda di dalam mengembangkan pasukan anda dengan mudah.

Selamat Maju Jaya!

Tuesday, 1 February 2011

5 Langkah Mudah Pemasaran Melalui Media Sosial

Memiliki perniagaan sendiri cukup sukar tanpa perlu bimbang tentang mencari keseimbangan strategi pemasaran. Fokus semata-mata pada strategi pemasaran tradisional dan anda akan mendapati diri berpotensi kehilangan sebuah demografi target pemasaran yang sangat besar. Searching dan explore melalui kajian internet dan anda akan mendapati diri anda begitu lemah dalam pemasaran kerana di internet terdapat begitu banyak sumber dan aplikasi yang tersedia untuk internet marketing. 
 
Tetapi bagaimana jika anda menggunakan laman web sosial sebagai media perantaraan berbanding strategi tradisional dan hard-core pemasaran di internet? Dengan menggunakan laman sosial ini ianya mampu membuat perbezaan besar dalam perniagaan anda tanpa perlu berpenat lelah sama sekali. 
Ini adalah 5 cara untuk anda memulakan strategi pemasaran menggunakan media sosial:
 
1. Bina Strategi. Pesaing di dalam perniagaan anda mungkin terlebih dahulu menggunakan laman sosial sebagai strategi pasarannya, jadi anda perlulah lebih kreatif di dalam memilih strategi yang lebih berkesan, dan bukannya sekadar membuka akaun di laman sosial tersebut. Luangkan masa anda untuk menentukan jenis dan menilai peranan laman web sosial tersebut serta memikirkan apa yang mungkin membantu di dalam strategi pemasaran anda. Dan seterusnya membuat perancangan untuk menggunakannya secara konsisten dan berkesan.

2. Bina Jenama. Pemasaran melalui sosial media adalah umpama anda memiliki satu papan iklan besar syarikat anda. Segala sesuatu yang anda pamerkan, setiap tweet anda tulis, dan setiap komen yang anda buat harus berdasarkan apa yang anda hargai, apa yang anda perjuangkan serta komponen bidang perniagaan anda dan ianya harus sampai kepada audiens secara betul dan tepat.
Langkah pertama yang patut dipertimbangkan adalah membuat blog perniagaan. Pastikan blog anda mempunyai logo perniagaan anda (buat favicon anda sendiri), gambar anda dan juga aplikasi/wiget lain yang mampu membantu anda di dalam mempromosikan jenama anda.
Gunakan warna syarikat anda sebagai latar belakang di blog dan juga sebagai wallpaper dalam profile Twitter anda.
 
3. Pilihan Bijak. Jangan merasa seperti anda perlu menggunakan setiap satu media sosial yang ada. Fokus dengan beberapa sahaja, pilih laman web sosial yang mampu membantu anda berhubung dengan target demografi anda, yang dapat membantu anda mempamerkan komponen perniagaan anda, menarik minat pelawat, dan yang  berpotensi untuk perniagaan anda.

4. Cari Keseimbangan yang Tepat. Media sosial sangat popular yang pada awalnya mungkin sukar untuk mencari keseimbangan yang tepat berbanding strategi pemasaran tradisional. Dan pada akhirnya, mereka harus bekerjasama untuk memasarkan perniagaan anda secara berkesan. Mulalah dengan mencipta profile perniagaan anda di LinkedIn di mana anda boleh letakkan testimonial dan berhubung dengan pelanggan anda. Kemudian create group di Facebook untuk memperkenalkan produk dan bidang anda. Di Facebook juga anda di beri ruang untuk mencipta page, jadi gunakan peluang ini untuk mencipta satu page berkenaan produk perniagaan anda, iannya seperti anda membina sebuah kedai di Facebook, menarik bukan? Cari dan dapatkan aplikasi yang mampu membantu anda di dalam membina Facebook page yang menarik dan berkesan.

Akhirnya, gunakan Twitter untuk membina kumpulan yang mempunyai minat yang sama dalam industri anda. Gabungkan strategi pasaran tradisional dan internet dengan mencipta kad perniagaan yang mengandungi ID Facebook dan Twitter anda dan seterusnya letakkan di laman web anda yang mampu memberitahu pengunjung di mana mereka dapat terhubung dengan anda menggunakan media sosial.

5. Mobiliti. Banyak platform membolehkan anda untuk berkomunikasi secara real time dengan memuaturun aplikasi ke telefon anda. Bayangkan apa yang anda boleh lakukan sebagai pemilik perniagaan untuk menghadiri suatu persidangan. Berkongsi dengan pembaca anda tentang apa yang anda pelajari, ini adalah cara yang baik untuk membina hubungan dan minat dengan pelanggan anda.

Selamat Mencuba! Good Luck!

Saturday, 15 January 2011

Cara Mudah Cipta Favicon Untuk Blog Blogger

Easy way to create a favicon on blog.
How to create a favicon on blogger blog.

Ini adalah satu trick mudah untuk anda cipta satu favicon pada blog anda hanya menggunakan blog editor seperti kebiasaan anda menulis pada blog. Anda TIDAK perlu:
- imej editor untuk cipta standard format favicon, ICO-file.
- upload suatu gambar dari mana-mana sumber untuk dapatkan URL nya.
- menunggu link favicon nya untuk siap.

Langkah 1: Buka blogger editor.
Anda perlu buka blogger editor "create new post" seperti kebiasaan anda menulis di blog anda. Kemudian mulakannya dengan upload satu imej yang anda telah pilih untuk dijadikan favicon, contohnya gambar anda sendiri, logo perniagaan anda dan sebagainya.
Setelah gambar terpapar, apa yang anda perlu lakukan seterusnya ialah mengubah saiz imej tersebut, dan saiz yang terbaik untuk favicon ialah 32x32 pixels. Caranya, anda perlu klik "Edit HTML" tab pada blog editor tersebut dan seterusnya tukarkan saiz imej kepada 32 pixels (height dan width). Lihat contoh pada gambar di bawah.


Langkah 2: Dapatkan URL imej favicon anda.
Setelah anda siap menukar saiz imej seperti di atas, anda perlu klik "SAVED" dan ianya secara utomatik di simpan sebagai "draft" pada blog anda.
Dan langkah seterusnya ialah dapatkan URL imej favicon anda pada tab "Edit HTML" di sebelah "Compose" tadi, apa yang anda dapat lihat disini terdapat 2 alamat URL(http) yang panjang untuk imej anda.
Alamat URL(http) yang anda PERLUKAN hanyalah yang KEDUA yang tertulis "s200" pada URL nya bukannya yang "S1600" (sentiasa ambil yang nombor lebih kecil).
Seterusnya copy URL kedua tersebut dan paste nya pada Notepad terlebih dahulu (URL nya adalah selepas "scr=", copy starting from http://.... to..jpg).
Teknik ini mudah dan sesuai untuk imej format jpg atau png,gif,bmp tanpa menukarnya.


Langkah 3: Letakkan URL favicon pada "href"
Favicon untuk blog dan juga website menggunakan format standard kod untuk imejnya. Copy kod di bawah ini dan paste pada notepad yang baru:


<link href="http://3......jpg" rel='icon' type='image/jpg'/>


Dan tukarkan http://3......jpg kepada URL imej favicon yang telah anda paste pada notepad pada langkah 2 tadi.

Kemudian copy kod penuh favicon tersebut.    

Langkah 4: Tampal kod penuh favicon anda pada blog.
Langkah terakhir adalah tampalkan kod penuh favicon anda tadi pada blog anda, caranya klik pada "Design" dan seterusnya klik " Edit HTML".
Kemudian klik "Download Full Template" terlebih dahulu incase berlaku kesilapan dan setelah itu tick "Expand Wiget Templates" pada bahagian Edit Template. Seterusnya anda perlu mencari kod ini:


<title><data:blog.pageTitle/></title>


Kemudian tampalkan kod penuh favicon anda tadi SELEPAS kod di atas. LIhat pada gambar di bawah.


Dan akhirnya klik "SAVE TEMPLATE"

Setelah selesai disimpan, anda boleh klik "view blog" untuk ke homepage blog anda dan anda dapat melihat hasilnya terpapar di tepi alamat blog anda pada browse tab seperti blog dan juga website yang lain. Imej favicon sangat penting bagi sesetengah blog ataupun website ianya menunjukkan kredibiliti tentang blog tersebut.

Enjoy ! your newly favicon to your blogger blog. 


*klik pada gambar untuk besarkan imej.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...