Monday, 27 December 2010

Memahami Fasa Perubahan Prospek

Fasa perubahan bagi setiap orang adalah berbeza dan ianya sentiasa berubah. Menemukan seseorang yang tepat pada fasa perubahannya adalah merupakan kunci utama kepada anda untuk membina suatu jaringan perniagaan yang baik dan berkesan. Mungkin susah untuk kita menemukan mereka yang betul-betul bersedia, namun ianya nampak mudah berdasarkan gambaran oleh Tyler&Mimi Ford ini.
 

Fasa Pukul Tiga: Ada sesuatu perubahan telah berlaku dalam kehidupan prospek anda namun ianya belum lagi dikongsikan dengan sesiapa pun malahan keluarganya pun masih belum mengetahuinya. Keadaan ini mungkin ada sesuatu yang peribadi menyebabkan perubahan pada pekerjaannya dirahsiakan daripada pengetahuan orang lain. Prospek anda tidak akan menunjukkan sesuatu perubahan, ianya nampak sama seperti kebiasaan.

Fasa Pukul Enam: Prospek anda telah mula berkongsi perubahan dalam kehidupannya dengan kumpulan pilihannya. Orang ini masih lagi menjalankan tugasnya seperti biasa namun menafikan bahawa segala sesuatu akan berubah, sekitarnya masih seperti biasa, kereta, rumah dan gaya hidupnya yang sama.

Fasa Pukul Sembilan: Semua orang telah pun mengetahuinya. Pada fasa ini, prospek anda mula sedar untuk membuat sesuatu perubahan pada kewangannya. Mereka juga sudah mula berusaha mencari kesempatan dan pengetahuan untuk menuju matlamatnya. Pada saat ini lah mereka mula menunjukkan perubahan yang besar dalam kehidupannya dengan meneliti segala hutang-piutang, mengurangkan sara hidup, plan perbelanjaan dan juga mula mengeluarkan modal untuk jayakan matlamatnya.

Fasa Tengahari: Prospek anda telah benar-benar bersiap sedia melalui perubahan. Siap untuk berubah? Siap untuk menerima sesuatu yang baru? Siap untuk mengecapi perubahan gaya hidup? Siap untuk menjalani kehidupan baru mereka? Mereka siap bersedia! Ini adalah orang yang ingin anda temui.

''Sabar adalah kunci utama untuk anda menemukan prospek pada Fasa Tengahari dan bersedia untuk berubah''

Namun perlu diingat yang anda tidak boleh membuatkan orang di Fasa Pukul Tiga ke Fasa Tengahari, anda perlu bersabar dan sentiasa menyenangkan apabila berurusan dengan mereka. Anda juga perlu sentiasa berhubung dengan mereka dan jangan putus asa untuk menunggu perubahan mereka dan anda mungkin bertuah untuk bertemu dengan mereka yang semakin berubah ke Fasa Pukul Enam dan seterusnya Sembilan dan akhirnya Tengahari di sebabkan kesabaran anda dalam perhubungan dengan mereka. Hanya bersabar! Anda pasti akan menemui mereka di Fasa Tengahari.     

Thursday, 16 December 2010

Rahsia Mudah Pemasaran Produk

Apa harus saya buat?
Macamana nak buat ni?
Lepas ni, apa langkah seterusnya?

Ini adalah antara soalan yang selalu muncul dikalangan usahawan internet yang baru, betul tak? Jom kongsikan rahsia mudah dan berkesan pemasaran vemma.

Rahsia # 1: Memahami manfaat dari produk yang kita pasarkan. Anda perlu memahami bagaimana kandungan antioksidan dalam produk vemma mampu membantu pengguna dalam meningkatkan lagi kesihatan seseorang. Cara yang baik untuk melihat bagaimana ianya membantu penggunanya adalah dengan melihat bagaimana ia telah membantu anda, upline anda, downline, atau seseorang yang anda kenal.Ini akan membantu anda dalam memastikan siapa yang akan membeli produk dari anda dan seterusnya bersama anda dalam perniagaan Vemma.

Rahsia # 2: Tahu target pasaran (mereka yang mempunyai keperluan atau ingin untuk apa yang anda tawarkan). Target pasaran anda adalah mereka yang mencari cara untuk menjadi lebih sihat atau ingin lebih bertenaga. Sebahagian mereka mungkin mencari suplement antioksidan dan ianya lebih baik untuk anda letakkan sebagai target pasaran. Mereka seperti inilah menjadi orang yang akan membeli produk anda.
Ada ratusan, bahkan ribuan orang yang boleh mendapatkan manfaat dari produk Vemma. Ianya produk yang berkesan dan tiada keraguan tentang itu, tetapi anda perlu ingat tidak semua orang akan menginginkan produk anda, malahan ada di antaranya yang akan bersikap kasar ataupun mengkritik anda. It's ok. Anda perlu sentiasa berfikiran positif dan jangan mudah mengalah sebaliknya sentiasa berusaha menemukan mereka yang betul-betul menghargai bantuan anda.

Lebih baik lagi, jika anda mampu membuatkan mereka mencari anda dan pada tahap inilah anda akan menjumpai mereka yang dipanggil "heavy hitters" ke dalam perniagaan anda. Mereka berupaya membawa beratus-ratus orang ke perniagaan Vemma anda seterusnya memajukannya lagi.Salah satu cara untuk melakukan ini ialah dengan menghasilkan jualan anda sendiri. Anda mungkin sudah berusaha itu dan ini seperti passing sampel, hosting parties, atau passing kad nama, DVD, dan brosur, alih-alih ianya membazir wang dan waktu anda dengan mereka yang tidak akan menyertai anda.  Dengan menghasilkan lead anda sendiri, anda akan menemui mereka yang akan bersedia untuk mengembangkan perniagaan dengan anda.


Rahsia # 3: Setelah memahami keberkesanan dari produk Vemma dan sudah mampu mengenalpasti serta menarik target pasaran kepada perniagaan anda, langkah seterusnya adalah meng-automasikan prosesnya. Ini akan membolehkan anda untuk berhubung dengan downline anda berkenaan apa yang harus dilakukan dan bagaimana untuk melakukannya. Hal ini akan membuatkan perniagaan berkembang dengan cepat malahan ianya menjadi lebih mudah dan menyenangkan disamping membantu mereka menjadi lebih sihat daripada keberkesanan produk vemma.

Keadaan ini tidak hanya memberikan anda rasa syukur yang mendalam, malahan memiliki pengguna yang sepenuh hati berterima kasih serta menghargai bantuan dari anda. Ingat, semakin ramai orang yang anda bantu, semakin murah rezeki anda, jadi sentiasalah membantu ya ;)

Tip mudah ini tidak hanya akan membantu anda mengembangkan perniagaan anda, tetapi juga membantu anda menarik mereka yang tepat untuk anda.

“Most people who fail in their dreams fail not from lack of ability but from lack of commitment”  -  Zig Ziglar.

Saturday, 4 December 2010

7 Tip Meningkatkan Blog Trafik


Menulis artikel-artikel yang berkesan dan berguna

Artikel seperti ini sentiasa mendapat permintaan dan ranking yang tinggi, statistik menunjukkan ianya dapat membantu menarik pembaca menerusi search engine seperti Google, Yahoo dan sebagainya. Artikel yang berkesan dan berguna tidak seharusnya terlalu serius. 

Menawarkan langganan RSS Feed blog anda

Langganan RSS Feed pada blog memberi kemudian kepada pembaca untuk terus mendapatkan post terkini anda terus ke email mereka.
RSS Feed merupakan sistem langganan content yang anda harus sediakan untuk pelawat anda! Tidak semua theme blog menawarkan link 'subscribe RSS Feed'. Jika theme pilihan anda tidak mempunyai link RSS Feed mudah untuk pelawat anda, anda boleh menyediakannya sendiri samaada dalam bentuk link text biasa atau button RSS.

Feed penuh blog:
  • Atom 1.0: http://NAMA_BLOG_ANDA.blogspot.com/feeds/posts/default
  • RSS 2.0: http://NAMA_BLOG_ANDA.blogspot.com/feeds/posts/default?alt=rss
Feed untuk komen sahaja:
  • Atom 1.0: http://NAMA_BLOG_ANDA.blogspot.com/feeds/comments/default
  • RSS 2.0: http://NAMA_BLOG_ANDA.blogspot.com/feeds/comments/default?alt=rss
Menulis artikel di dalam bahasa Melayu dan juga Inggeris

Penyelesaian sesuai bagi mereka yang tiada masa, tetapi mahukan trafik berterusan kerana ini tidak akan membataskan trafik anda kepada satu kelompok sahaja.

Plug-in aplikasi statistik seperti Sitemeter, Statcounter atau Google Analytics dan sentiasa semak statistik serta rank untuk mengetahui perkembangan trafik

Aplikasi seperti ini mampu menaikkan traffic ke blog anda terutamanya kepada mereka yang sentiasa sibuk, tidak mempunyai masa untuk menulis post-post terkini. Anda hanya perlu menulis ketika satistik menunjukkan penurunan, jadi ianya menjadi sebab untuk subscriber anda kembali dan juga menarik rakan-rakan blog yang lain untuk  menyenaraikan semula blog anda di blogroll mereka.
 
Contoh widget
Menggunakan widget yang boleh menambah keyword untuk blog anda

Percaya atau tidak, anda boleh menumpang keyword yang terhasil daripada
widget 3rd-party yang anda gunakan untuk kebarangkalian dijumpai di keputusan carian Google atau Yahoo yang lebih tinggi! Blog anda mungkin akan ditemui di engine carian seperti Google dan Yahoo hanya disebabkan wiget yang anda gunakan dan juga mungkin dari blog atau site yang lain disebabkan tumpangan keywords yang datangnya daripada wiget pada blog anda. 

Meletakan gambar/banner yang di sertakan dengan keyword/alternate text

Contoh banner

Gambar dan juga banner boleh meningkatkan blog traffic anda bila ianya disertakan dengan keywords/alternate text. Ini akan menambahkan lagi traffic bila ianya dicopy oleh orang lain. Tricky!

Menyertakan aplikasi/widget sharing ke laman web sosial

Sharing buttons seperti Facebook, Twitter, FriendFeed, bukan sahaja memudahkan anda malah juga pelawat blog anda sendiri untuk  post link anda ke web sosial ini, ia dapat dikongsi terus ke rangkaian demi rangkaian ... seperti penyebaran virus. Selain Facebook & Twitter anda juga boleh memcuba Digg, StumbleUpon, FriendFeed & Reddit kerana ianya juga boleh meningkatkan trafik dari luar negara dan ianya mempunyai kelebihan tersendiri.

Contohnya,
StumbleUpon menggunakan sistem surfing by topic of interest. Jika anda telah menyenaraikan blog anda di dalam kategori 'Business', blog anda akan 'dicadangkan' kepada jutaan pengguna StumbleUpon yang subscribe kepada kategori tersebut dan ini membawa masuk pelawat kepada anda dari masa ke semasa. 

Berbeza dengan Reddit dan Digg yang telah terbukti menaikkan trafik blog dengan lebih tinggi tetapi hanya untuk tempoh yang sementara. Jadi hantarkan URL artikel atau video dan imej yang mempromosi blog anda secara tidak langsung dan bukan URL blog, supaya anda mempunyai sebab untuk post ke kedua-dua laman sosial ini dari masa ke semasa untuk trafik yang berterusan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...