Fasa perubahan bagi setiap orang adalah berbeza dan ianya sentiasa berubah. Menemukan seseorang yang tepat pada fasa perubahannya adalah merupakan kunci utama kepada anda untuk membina suatu jaringan perniagaan yang baik dan berkesan. Mungkin susah untuk kita menemukan mereka yang betul-betul bersedia, namun ianya nampak mudah berdasarkan gambaran oleh Tyler&Mimi Ford ini.
Fasa Pukul Tiga: Ada sesuatu perubahan telah berlaku dalam kehidupan prospek anda namun ianya belum lagi dikongsikan dengan sesiapa pun malahan keluarganya pun masih belum mengetahuinya. Keadaan ini mungkin ada sesuatu yang peribadi menyebabkan perubahan pada pekerjaannya dirahsiakan daripada pengetahuan orang lain. Prospek anda tidak akan menunjukkan sesuatu perubahan, ianya nampak sama seperti kebiasaan.
Fasa Pukul Enam: Prospek anda telah mula berkongsi perubahan dalam kehidupannya dengan kumpulan pilihannya. Orang ini masih lagi menjalankan tugasnya seperti biasa namun menafikan bahawa segala sesuatu akan berubah, sekitarnya masih seperti biasa, kereta, rumah dan gaya hidupnya yang sama.
Fasa Pukul Sembilan: Semua orang telah pun mengetahuinya. Pada fasa ini, prospek anda mula sedar untuk membuat sesuatu perubahan pada kewangannya. Mereka juga sudah mula berusaha mencari kesempatan dan pengetahuan untuk menuju matlamatnya. Pada saat ini lah mereka mula menunjukkan perubahan yang besar dalam kehidupannya dengan meneliti segala hutang-piutang, mengurangkan sara hidup, plan perbelanjaan dan juga mula mengeluarkan modal untuk jayakan matlamatnya.
Fasa Tengahari: Prospek anda telah benar-benar bersiap sedia melalui perubahan. Siap untuk berubah? Siap untuk menerima sesuatu yang baru? Siap untuk mengecapi perubahan gaya hidup? Siap untuk menjalani kehidupan baru mereka? Mereka siap bersedia! Ini adalah orang yang ingin anda temui.
''Sabar adalah kunci utama untuk anda menemukan prospek pada Fasa Tengahari dan bersedia untuk berubah''
Namun perlu diingat yang anda tidak boleh membuatkan orang di Fasa Pukul Tiga ke Fasa Tengahari, anda perlu bersabar dan sentiasa menyenangkan apabila berurusan dengan mereka. Anda juga perlu sentiasa berhubung dengan mereka dan jangan putus asa untuk menunggu perubahan mereka dan anda mungkin bertuah untuk bertemu dengan mereka yang semakin berubah ke Fasa Pukul Enam dan seterusnya Sembilan dan akhirnya Tengahari di sebabkan kesabaran anda dalam perhubungan dengan mereka. Hanya bersabar! Anda pasti akan menemui mereka di Fasa Tengahari.
Sumber: TylerAndMimiFord.com


























